Pretty Poppy

"Awak mesti takkan nak spend time dengan saya la." Aku memandangnya ketika bercakap sambil tersenyum sengih, mengagumi senyuman manisnya.

"Kenapa plak?" Dia mendongak dan menurunkan kepalanya semula dengan sangat pantas ketika menjawab, menuding jari telunjuk ke arah aku.

"Macam ni. Cuba awak tengok langit tu, apa awak nampak?" Aku halakan jari telunjuk ke atas, dibantu dengan pergerakan kening dan retina mata ke atas juga. Dia melihat langit, menampakkan leher lonjongnya yang sangat cantik.

"Langit la. Tak faham, kenapa?"

"Kalau sekeliling kita?" Aku memusingkan jari telunjuk yang masih menghala ke atas.

"Taman. Isk, apa ni. Tak faham!" Dia mengerutkan dahinya, memandang aku dengan tajam.

"Hahahaa. Macam ni, saya nampak langit yang cantik, taman yang cantik. Dan bila tengok tu, saya akan ingatkan awak yang cantik. Sebab saya nak isi semua masa-masa yang cantik dengan perasaan yang cantik, dengan orang yang cantik macam awak."

"Hmmm....aw-rite. Then?" Kepalanya ke hadapan sedikit, meneka kepastian dengan mata yang dibeliakkan.

"Slalu orang kata benda tu deep. Padahal saya cuma hargai apa yang ada kat saya dan sekeliling je. Itu la yang saya rasa pun." Aku jawab spontan.

"Oooo, aw-rite, faham. Tak deep la, itu orang je cakap. Saya tak cakap pun. Hehehee." Dia senyum semula, mengangkat bahunya yang dibalut kemeja berwarna kuning itu.

"Memang awak tak cakap macam tu tapi hati awak akan sakit banyak banyak banyakkkkkk sangat sebab judgement kaum-kaum intelektual yang ada kat sekeliling kita nanti!" Aku cuba bercakap serius diiringi gelak tawa, mengharapkan setiap perkataan itu terhadam di otaknya.

"Takpe. Mana ada love takde sakit, kan?" Dia senyum lebar, menunjukkan keikhlasannya.

Aku diam.
Mana ada cinta tanpa sakit, kan?
Walau untuk apa-apa cinta sekalipun. Kan?

"Babe, I'm tired. Our love has expired." -- Yuck.

Woo, terima kasih Yuck kerana bercakap untuk aku! Selamat aku dengar CD kamu dalam kereta tadi.

Dan aku pusing membelakangi dia, menjauhkan diri untuk selama-lamanya. Jangan risau, biar aku yang sakit.

Selamat bertunang, my Pretty Poppy.

*Tribute dan salut untuk Sang Wanita.

Hello, dunia.

Ini semuanya tentang orang-orang yang aku sayang.

Aku tak tahu apa yang mahu ditulis dalam ruang bilik bersepah ini tapi dalam ruang hati sekarang, hanya ada perasaan untuk orang-orang yang tersayang dan sentiasa mahu membantu aku berjaya. Dan aku tak pasti, macam mana mahu membalas apa yang mereka buat sedangkan aku sendiri tak ada apa-apa untuk diberi.

It's all about paying back and I'm nowhere near it.

Woo, freaking sedih!

Apa yang aku boleh buat sekarang cuma menekan sebaik mungkin mana-mana lubang hati mereka yang bocor ketika ditikam dan ada di sisi ketika mereka sedang merintih sakit.

If dan if dan if lagi.

Minggu ini saja, dah dua kali kereta Myvi ayah dirosakkan aku. Pertama, bumper pecah. Kedua, tayar rosak. Dan aku tak ada duit langsung untuk bayar kos kerosakan ini.

Ah, macam nak tumbuk dinding sampai tangan patah. Lepas itu, pergi hospital dan balut, menyesal pasal apa benda bangang yang aku buat. Lepas itu, terlupa pasal kereta rosak.

If I could.

Ether

Baru tadi, aku terjumpa my own Super Viagra.
Di Dataran Ipoh.

Tapi, dia tak memandang aku langsung ketika terserempak, berlagak tak mahu mengakui kesilapannya. Aku campak rokok ke jalan dan pijak, bersedia untuk pergi ke sebelahnya. Kaki aku bergerak laju ke arahnya, memisahkan keadaan suasana dari semua deria aku. Yang ada dalam otak aku hanya dia, my own Super Viagra.

Bila bahu aku hanya berjarak tak sampai 10 inci dengan bahunya, baru dia memandang aku. Dada aku berdebar kencang tapi fucking hell, takkan aku akan kaget depan dia? Aku pandang ke arahnya dengan tajam, harap dia sedar kesilapannya. Tapi, dia masih buat tak tahu dengan pandangan aku.

Jadi, aku toleh ke arah lain, memaafkan kesilapannya kerana memberi harapan palsu kepada aku.

Selamat jalan, gadis mustahil.

The Power of Love

Melalui malam yang menyejukkan ketika mahu tidur membuatkan aku jadi mumia.

Aku alihkan selimut, ambil kotak rokok dan pemetik api kemudian bangun untuk pergi ke luar rumah, memeluk diri. Mata aku terpesona dengan pemandangan malam yang dihiasi gumpalan asap rokok, baru saja dinyalakan ketika berjalan. Kemudian, aku duduk berseorangan di tepi rumah, salah satu aktiviti kegemaran yang mampu menenangkan jiwa.

"And if a double-decker bus crashes into us, to die by your side is such a heavenly way to die." - Morrissey

Suara sumbang aku melacur suasana malam sambil kaki aku menggigil kesejukan. Antara aku kemaruk untuk melihat Morrissey di Singapore nanti ataupun cuma menikmati keindahan malam dengan lagu romantik, tak penting untuk aku fikir. Paling penting, perasaan aku sedang ghairah melayan malam sejuk bulan bintang penuh dengan roh cinta.

Dan apa yang aku rasa pada diri sendiri sekarang -- The power of love.

Love yang datang dari famili,
Dan aku sedang sedih kerananya.

Love yang datang dari friendship.
Dan aku sedang sakit jiwa kerananya.

Love yang datang dari gadis.
Dan aku sedang lost kerananya.

Love yang datang dari passion.
Dan aku sedang runsing kerananya.

Yeeh, runsing.
Itu perasaan paling kejam buat beberapa hari kebelakangan ini.

Habis saja sebatang rokok, aku berjalan masuk ke dalam rumah sambil memandang lantai, meneka kemungkinan untuk mencari duit dengan menjadi part time worker selama sebulan.

Kalau tak, macam mana aku mahu membayar show Morrissey di Singapore pada Mei nanti?

Woo, freaking hell!