"Kenapa plak?" Dia mendongak dan menurunkan kepalanya semula dengan sangat pantas ketika menjawab, menuding jari telunjuk ke arah aku.
"Macam ni. Cuba awak tengok langit tu, apa awak nampak?" Aku halakan jari telunjuk ke atas, dibantu dengan pergerakan kening dan retina mata ke atas juga. Dia melihat langit, menampakkan leher lonjongnya yang sangat cantik.
"Langit la. Tak faham, kenapa?"
"Kalau sekeliling kita?" Aku memusingkan jari telunjuk yang masih menghala ke atas.
"Taman. Isk, apa ni. Tak faham!" Dia mengerutkan dahinya, memandang aku dengan tajam.
"Hahahaa. Macam ni, saya nampak langit yang cantik, taman yang cantik. Dan bila tengok tu, saya akan ingatkan awak yang cantik. Sebab saya nak isi semua masa-masa yang cantik dengan perasaan yang cantik, dengan orang yang cantik macam awak."
"Hmmm....aw-rite. Then?" Kepalanya ke hadapan sedikit, meneka kepastian dengan mata yang dibeliakkan.
"Slalu orang kata benda tu deep. Padahal saya cuma hargai apa yang ada kat saya dan sekeliling je. Itu la yang saya rasa pun." Aku jawab spontan.
"Oooo, aw-rite, faham. Tak deep la, itu orang je cakap. Saya tak cakap pun. Hehehee." Dia senyum semula, mengangkat bahunya yang dibalut kemeja berwarna kuning itu.
"Memang awak tak cakap macam tu tapi hati awak akan sakit banyak banyak banyakkkkkk sangat sebab judgement kaum-kaum intelektual yang ada kat sekeliling kita nanti!" Aku cuba bercakap serius diiringi gelak tawa, mengharapkan setiap perkataan itu terhadam di otaknya.
"Takpe. Mana ada love takde sakit, kan?" Dia senyum lebar, menunjukkan keikhlasannya.
Aku diam.
Mana ada cinta tanpa sakit, kan?
Walau untuk apa-apa cinta sekalipun. Kan?
"Babe, I'm tired. Our love has expired." -- Yuck.
Woo, terima kasih Yuck kerana bercakap untuk aku! Selamat aku dengar CD kamu dalam kereta tadi.
Dan aku pusing membelakangi dia, menjauhkan diri untuk selama-lamanya. Jangan risau, biar aku yang sakit.
Selamat bertunang, my Pretty Poppy.
*Tribute dan salut untuk Sang Wanita.
3 riposte:
hye encik seyn...
ha baru la muncul link awk kt bloglist sy..hikhik..
stay strong okay!!!:)
susah but u have to..
welcome back! <3
Thanks! ;D
abg seyn!!! letk lg entry baru!!
Post a Comment