The Power of Love

Melalui malam yang menyejukkan ketika mahu tidur membuatkan aku jadi mumia.

Aku alihkan selimut, ambil kotak rokok dan pemetik api kemudian bangun untuk pergi ke luar rumah, memeluk diri. Mata aku terpesona dengan pemandangan malam yang dihiasi gumpalan asap rokok, baru saja dinyalakan ketika berjalan. Kemudian, aku duduk berseorangan di tepi rumah, salah satu aktiviti kegemaran yang mampu menenangkan jiwa.

"And if a double-decker bus crashes into us, to die by your side is such a heavenly way to die." - Morrissey

Suara sumbang aku melacur suasana malam sambil kaki aku menggigil kesejukan. Antara aku kemaruk untuk melihat Morrissey di Singapore nanti ataupun cuma menikmati keindahan malam dengan lagu romantik, tak penting untuk aku fikir. Paling penting, perasaan aku sedang ghairah melayan malam sejuk bulan bintang penuh dengan roh cinta.

Dan apa yang aku rasa pada diri sendiri sekarang -- The power of love.

Love yang datang dari famili,
Dan aku sedang sedih kerananya.

Love yang datang dari friendship.
Dan aku sedang sakit jiwa kerananya.

Love yang datang dari gadis.
Dan aku sedang lost kerananya.

Love yang datang dari passion.
Dan aku sedang runsing kerananya.

Yeeh, runsing.
Itu perasaan paling kejam buat beberapa hari kebelakangan ini.

Habis saja sebatang rokok, aku berjalan masuk ke dalam rumah sambil memandang lantai, meneka kemungkinan untuk mencari duit dengan menjadi part time worker selama sebulan.

Kalau tak, macam mana aku mahu membayar show Morrissey di Singapore pada Mei nanti?

Woo, freaking hell!

0 riposte: