Ether

Baru tadi, aku terjumpa my own Super Viagra.
Di Dataran Ipoh.

Tapi, dia tak memandang aku langsung ketika terserempak, berlagak tak mahu mengakui kesilapannya. Aku campak rokok ke jalan dan pijak, bersedia untuk pergi ke sebelahnya. Kaki aku bergerak laju ke arahnya, memisahkan keadaan suasana dari semua deria aku. Yang ada dalam otak aku hanya dia, my own Super Viagra.

Bila bahu aku hanya berjarak tak sampai 10 inci dengan bahunya, baru dia memandang aku. Dada aku berdebar kencang tapi fucking hell, takkan aku akan kaget depan dia? Aku pandang ke arahnya dengan tajam, harap dia sedar kesilapannya. Tapi, dia masih buat tak tahu dengan pandangan aku.

Jadi, aku toleh ke arah lain, memaafkan kesilapannya kerana memberi harapan palsu kepada aku.

Selamat jalan, gadis mustahil.

0 riposte: