Enigma | silam [2007]: merobot

aku bangun pukul 6.30 pagi, mandi, bersiap. 7 pagi, aku bertolak ke tempat kerja. kena cepat, jalan akan sesak walau lambat 10 minit pun.

pukul 7.20 pagi, sampai. membosan tunggu waktu kerja bermula. selalu aku meraung tak cukup tidur sambil mencarut. tapi menjadi seorang hamba tak ada kuasa hebat, kena lagi banyak patuh.

pukul 8, dah start kerja. dan budaya jepun memang hardcore. pagi-pagi ada taisho ataupun senaman pagi. pukul 8 tu bukan baru nak start kerja tapi tengah buat kerja. macam robot. dan merobot sampai pukul 5.30 petang.

yang memanusiakan aku masa tu adalah pekikan lagu-lagu punk. 2 set playlist yang gemar aku putarkan, the libertines dan patti smith, semoga nak kasi hype buat kerja. tapi tak jadi, lagi benci.

tapi sekali lagi, budaya jepun ni hardcore. pekerja yang tak bagus selalu balik tepat pada waktu, ikut deme. jadi, setiap hari aku balik dalam pukul 6.30 petang.

balik rumah, tengok drama melayu. satu-satunya hiburan yang wujud. pukul 8 malam, makan dan pukul 11, tidur. kalau lambat, esok mengantuk. jadi hari-hari, cuma ada 3 jam saja waktu untuk disia-siakan.

hari sabtu aku tak kerja, tapi aku tak keluar. tidur seharian, hilangkan penat weekdays.

hari ahad aku tak kerja, tapi aku tak keluar. rehat seharian, takut esok penat kerja. paranoid.

hari isnin tiba.

aku bangun pukul..

6 riposte:

pUrpL3 hYpp0 said...

tkutnye nak masuk dunia KERJA.T_T

Anonymous said...

Alam kerjaya tidak se-zalim itu. Pasti.

Seyn said...

jiji
jangan takut la. hehehe

anonymous
ini pengalaman. tak semua alam kerjaya macam tu, memang betul :)

Lang Legar said...

kenangan praktikal di sebuah kilang automotif dulu ka?

Seyn said...

total correct mr genius lubang! hihihi ;p

Lang Legar said...

haha sebab aku kini mengulangi cycle yang sama..damn..